Apabila                                     seseorang bercakap, secara purata  300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu  kira-kira 2.5 titisan bagi                                   
satu perkataan.
Dalam  secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.
Orang  yang menggunakan                                     tangan kanan hidup sembilan tahun  lebih
lama daripada mereka yang kidal.
Secara purata  seseorang menghabiskan                                     masa selama 2 tahun bergayut
di  telefon sepanjang hayatnya.
Secara purata, seseorang minum  8,000 gelen air                                     sepanjang
hidupnya.
Di  serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia  merupakan senjata                                     merbahaya.
Hanya terdapat  empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark,  Dominica, Djibouti,                                     dan Republik Dominica.
Setiap  tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar  sebanyak                                     300 milimeter.
Nama semua  benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.
Manusia  hanya                                     menggunakan 10% daripada otaknya  untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan  pergerakan luar
kawal.                                   
Ketika bersin, semua organ  dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.
Kerosakan otak  akan berlaku jika                                     suhu badan meningkat melebihi 41
darjah  Celcius.
Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
Ngauman                                     singa boleh kedengaran sejauh tiga  kilometer.
Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali  sepanjang hayatnya.
Dianggarkan                                     80 peratus haiwan di muka bumi  adalah serangga.
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan  menghasilkan 30,000                                   
telur setiap hari.
Andai  kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di  dunia cair pada                                     satu ketika, kandungan air lautan  meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun  menaikkan paras
air                                     sehingga 60 meter daripada yang  sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia  akan berubah menjadi                                     lautan.
Jambatan gantung  dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling  panjang di dunia.                                     Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter  lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila  kapal                                     lalu di bawahnya. Kos pembinaan  adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.
Sungai  Huang Ho digelar                                     sebagai Sungai Derita kerana kerap  meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
Tempat  paling sejuk                                     di dunia bukanlah di Kutub Utara  atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah  100 darjah di
bawah                                     paras beku pernah dicatitkan.
Tikus  kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat  badannya                                     dalam masa 36 jam.
Kanak-kanak  menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan  melalui media terutamanya                                     tv. Secara purata seorang kanak-
kanak  menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda  lebih banyak                                     daripada masa mereka di sekolah.
Bahan  buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh  membekalkan                                     tenaga elektrik yang cukup untuk  menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
Ayam  juga akan                                     menghasilkan telur yang lebih besar  jika hari
sentiasa siang.
Jantina kura-kura boleh  dikenalpasti berdasarkan                                     bunyi yang
dihasilkan. Kura-  kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan  bunyi yang berdesir.                                   
Jika anda menjerit selama  lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan  tenaga yang cukup untuk                                     memanaskan secawan
kopi.
Pada  tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah  ais menghalang                                     Sungai Niagara daripada mengalir ke  arah air
terjun ini.
Buaya tidak boleh menjelir dan  menggerakkan lidahnya                                     kerana organ
itu melekat pada  lelangit.
Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada  pesakit
ialah                                     seberat 1.36 kg.
Ikan haruan  dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan  yang paling sensitif                                     deria baunya.
Kanggaru yang  hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya  tidak menyentuh bumi.                                     Ekornya bertindak sebagai topang
semasa  haiwan itu melompat.
Kebanyakan produk yang berada di pasaran  masa kini                                     mempunyai `bar
code' bagi  memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang  mempunyai `bar code' adalah                                     `chewing gum' Wrigleys.
Semua  planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan  jam kecuali Venus                                     yang melawan jam.
Jika usus  kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau  sehingga empat atau                                     lima kali ganda ketinggian orang  itu.
Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut.  Nisbahnya
adalah satu                                     juta bagi setiap orang.
Tanduk  atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi  terjadi daripada                                     bulu-bulunya yang berkumpul dan  mengeras.
Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk  tiba ke
puncak                                     Menara Eiffel.
Seoul adalah  ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu  negara'.
Jika                                     ikan jerung membuka mulut dalam  tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke  dalam mulutnya.
Olympus                                     Mons yang terletak di planet Marikh  merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.
Menurut  kajian, purata                                     setiap kita mengucapkan 30,000  perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
Drama pertama                                     yang dipentaskan adalah karya  seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun  lalu. Skrip drama yang
dijumpai                                     oleh seorang arkelogi di Luxor pada  1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
Setengah                                      haiwan dapat meramal bencana, gempa  bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya.  Obor-obor misalnya                                   
tahu kehadiran taufan 10 atau 15  jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk  menyelam lebih                                     jauh ke dasar laut.
Orang Jepun  gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia  memberi petanda                                     akan berlaku gempa bumi dengan
melompat  keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
Ada tiga jenis  manusia                                     di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada  pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman.  Kedua                                     - mereka belajar daripada pengalaman  orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati  kegembiraan
dalam                                     hidup. Ketiga - mereka yang tidak  belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka  inilah yang hanyut dengan                                   
kebodohan sendiri.
Semasa  pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk  berburu. Mereka                                     melatih singa untuk mengejar dan  menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa  tersebut akan
terus                                     berada di samping binatang yang  dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.
Seni membuat peta  telah wujud lebih awal                                     berbanding seni tulisan.
Sebelum  mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian  dan penduduk Kepulauan                                     Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah  mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di  Muzium                                     Semitik, Harvard, Amerika Syarikat.  Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia  bertarikh
2500                                     SM.
Untuk kepentingan  manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains  dan perubatan. Kira-kira                                     30 ribu ekor monyet
telah  digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun  mereka menjalankan usaha                                     mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai  jenis penyakit polio.
Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni  yang diadakan                                     di Barcelona
Acadeny of Arts,  para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja  masing-masing.                                     Pablo Picasso yang ketika itu
berusia  15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan  dia memenangi                                     tempat pertama, menewaskan  peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.
Ia mengambil  masa selama 5 bulan untuk                                     memberitahu Ratu Isabella
mengenai  pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk  mengenai tentang                                     pembunuhan Presiden Amerika, Abraham  Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk  manusia
menerima                                     kata-kata pertama dari angkasawan  Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
Orang yang                                     pertama menjejakkan kaki di benua  Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia  melakukannya pada 7 Februari                                   
1821. Namun demikian, dia tidak  mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya  itu cuma diketahui                                     umum pada 1955
apabila buku log  kepalnya dijumpai dan diteliti.
Dr James Barry, wanita menyamar  sebagai lelaki                                     menjadi jeneral
dalam tentera  Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera,  berkhidmat selama 40 tahun                                     sebagai doktor bedah dan juga
ketua  penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali  sebagai                                     Dr James Barry, seorang lelaki.  Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia  meninggal dunia.
Jerung                                     adalah binatang berbahaya, malah  sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah  digigit oleh satu embrio                                     jerung
pasir semasa beliau  sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.
Seminit  selepas anda membaca                                     ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia  dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia  dianggarkan                                     sebanyak 140 orang seminit.
Maharaja  Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627  mempunyai                                     300 orang isteri, 5,000 gundik,  serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya". Di luar istana  Jahangir, dia memelihara                                   
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor  sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor  singa jinak, 500                                     ekor kerbau dan
10,000 ekor  burung merpati.
Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta  km persegi. Jika
India                                     dan Cina dicantumkan, keluasan ityu  masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula  dilitupi ais dengan                                   
ketebalan kira-kira 2 km.  Manakala keluasan litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi.  Jika semua ais di Antartika                                     cair, paras laut
akan naik  mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
sebahagian  besar muka bumi.
Jutawan                                     Microsoft, Bill Gates serta  keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle,  Amerika. Rumah yang
menelan                                     kos US$50 juta itu dilengkapi  pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh  mengawal suhu yang dikehendaki                                   
dalam rumah dengan menggunakan  sejenis pin khas yang hanya
dilekatkan di kocek baju.
Senjata  biologi menjadi                                     kegemaran di kalangan kuasa besar  kerana
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu  membelanjakan
US$1 untuk                                     memusnahkan kawasan seluas satu kaki  persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata  nuklear atau
US$2,000                                     dengan senjata konvensional.
Senjata  biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama  digunakan                                     oleh bangsa Rom dengan memasukkan  haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
Purata  pisang mengandungi                                     90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat  yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C                                     serta potasium (kalium) yang dapat  menghasilkan
tenaga.
Paus beluga yang ditemui di Lautan  Artik, Kanada boleh                                     bergerak
sejauh 700 batu sehari.  Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.
Sungai  Amazon di                                     Amerika Selatan yang merupakan  sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan  air sungai seluruh                                   
dunia.
Semut mempunyai  otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan  nisbah saiz badannya.                                   
Cacing gergasi Australia-  cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.
Wira  Greek,                                     Agamemnon yang merupakan pahlawan  terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang  tetapi di tangan
isterinya                                     sendiri selepas dia kembali dari  perang Trojan.
Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila  Margaret
Harrick,                                     Pengarah Eksekutif Academy of Motion  Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia  itu mempunyai                                   
rupa yang seiras dengan bapa  saudaranya, Oscar.
Semut berkomunikasi dengan menggosokkan  sesungutnya.
Bilangan                                     telefon di bandaraya Tokyo, Jepun  adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di  seluruh Afrika.
Pen                                     berdakwat diperkenalkan pada tahun  1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.
Apabila  panglima Sepanyol                                     yang menawan Peru, Francisco  Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada  tahun
1532, beliau                                     meminta bayaran tebusan yang amat  "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai  $170 juta!
Unta                                     pertama kalinya dibawa ke hemisfera  barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut  US.
Sahara,                                     padang pasir terbesar di dunia  mempunyai keluasan
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
Gajah  Afrika hamil                                     selama 640 hari.
Raja  Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
7,000  orang.
Tayar numat                                     (berisi udara) diperkenalkan pada  1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa  Scotland.
Mahasiswa                                     Universiti Colorado menamakan gril  baru kafeteria di
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker'  sempena tindakan                                   
Alfred Parker mempraktiskan  kanibalisma dengan memakan daging salah
seorang kawannya.
Zeuxis,  pelukis terkemuka                                     Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
meningal  dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
Ketua  Perpustakaan                                     Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe  Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah  menterjemahkan
hasil                                     karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
takut jika                                     suami mereka terpikat dengan  wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain,  setiap isteri bertindak                                   
mengawal suami mereka dengan  mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu,  sudah pasti suami mereka                                     tidak lagi
miang untuk mendekati  wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.
Ais  krim adalah                                     makanan yang menjadi kegemaran  kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang  mula-mula menemui                                   
cara-cara membuat ais krim.  Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah  seorang lelaki berbangsa                                     Perancis
bernama Gerald Tissain  dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai  jenis perasa ais                                     krim yang cukup melazatkan
sehingga  ke hari ini.
KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan  bukit yang                                   
berpasir di Himachal Pradesh,  India. Ia menjadi sebuah perkampungan
tertinggi di dunia. Walaupun  Kibber terletak di                                     paras ketinggian
4,205 meter,  namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
musim sejuk  kerana kawasan tersebut                                     mempunyai kemudahan asas yang
lengkap  bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
yang  tidak boleh                                     dianggap mundur dan daif sebaliknya  akan
menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun  ia
berada di                                     puncak gunung di sana tetap terdapat  bekalan elektrik,
jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan  pejabat pos serta                                   
klinik.
Adalah  dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
hari untuk  perbelanjaan membeli rokok                                     di seluruh dunia. Pada masa
sekarang  industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100  billion dolar. Jumlah                                     tersebut adalah menyamai satu per  empat
peruntukan pembelian senjata dunia.
Taj Mahal  merupakan salah satu binaan                                     yang terkenal di dunia yang
dibina  semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
suami  terhadap isterinya.                                     Taj Mahal yang terletak di Agra,  Uttar
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan  Moghul.
Bangunan cantik                                     tersebut diseliputi oleh batu marmar  putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya  permaisuri
Maharaja                                     Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan  amat menyintai
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina  sebagai tanda                                   
cinta setianya kepada Mumtaz.  Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu  berjaya disiapkan                                     pada 1653.
Pembinaannya juga  telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
Pemimpin negara China yang  terkenal dan diagung-agungkan                                     oleh
rakyatnya, Deng Xioping  sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
bagaimana beliau berjaya  mengekalkan kesihatan                                     sehingga umurnya
menjangkau  lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
adalah  amalannya mandi air sejuk                                     dan bermain terup.
Seorang  sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
ke puncak  gunung tertinggi,                                     Everest untuk kali yang kesepuluh  pada
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi  menawan
puncak Gunung                                     Everest yang dilakukan oleh Ang  semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983  tidak pernah
menggunakan                                     bekalan oksijen. Sementara itu,  David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi  pendaki pertama yang sampai                                   
ke puncak Gunung Everest pada  ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
peralatan untuk penggambaran  yang paling berat.                                   
Terowong semulajadi yang  terletak di Kaveri di daerah Deewas,
Madhya Pradesh, India merupakan  terowong yang paling                                     dalam di dunia.
Kedalamannya  melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
Lubang besar  semulajadi tersebut dianggap                                     sebagai fenomena geologi
yang  luarbiasa.
Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh  seorang
embriologis                                     di Institut Roslin, Edinburgh, Dr  Ian Wilmut telah
berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang  pertama. Binatang
yang                                     berjaya diklon itu ialah seekor  bebiri yang dinamakan DOLLY.
Kambing tersebut adalah hasil cantuman  tetek ibunya. Ini                                     menyebabkan
hasil kambing klon  itu seiras dengan ibu kambing tersebut.
Kea adalah sejenis  burung yang hanya boleh                                     ditemui di New Zealand.
Ia  mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
getah  yang terdapat pada                                     sekeliling tingkap kereta.
Tiga  majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
Illustrated  pernah                                     menampilkan enam pesonaliti yang  sama pada muka
depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath,  Reggie Jackson,
Mary                                     Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota  Sekretariat Amerika dan
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang  paling terkenal                                     itu.
Seorang wazir agung  Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
perpustakaan bergerak pada  abad ke-10. Buku-bukunya                                     yang berjumlah
117,000 buah  terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
bertatih  menyeberangi padang pasir ke                                     mana sahaja di pergi.
Darah  akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau  ditembak. Keadaan                                     ini berlaku kerana jantung  menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam  darah pada kadar
10 meter.                                   
Kamera paling awal dicipta  memerlukan seseorang beraksi selama
lapan jam di depan kamera itu  sebelum gambar dapat                                     dirakamkan.
Jika anda  lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
udara, anda akan  mendapati gambar bahagian                                     `kepala' sebanyak 4,950
kali  berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
lebih  berat di bahagian `kepala'.                                   
Masyarakat Mesir purba akan  mencukur bulu kening mereka sebagai
tanda berkabung setiap kali  kucing kesayangan                                     mereka ditemui mati.
Semua  planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
dan Rom  kecuali Uranus, yang                                     didasarkan daripada salah satu watak
dalam drama Shakespeare.
Sebanyak dua jenis ular mendiami  Pulau Hawaii, ular                                     laut yang
jarang ditemui dan  ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
lubang di bumi.
Kita  akan menjerit                                     serta-merta apabila terkena benda  panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada  otak
bergerak                                     pada kadar kelajuan 120 meter  sesaat.
Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja.  Tetapi nama
itu berubah                                     menjadi Union Jack di kalangan  negara Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.
Kesebelasan  pemain bolasepak                                     Bulgaria yang menyertai pertandingan
akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.
Usus  manusia menghasilkan                                     satu lapisan lendir (mukus) pada  setiap
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana  penyakit atau
sebagainya,                                     pelbagai asid yang dihasilkan oleh  perut akan melukakan
lapisan usus.
Chimpanzee kelihatan  mempunyai lebih banyak                                     rambut daripada
manusia.  Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
cuma  lebih lebat.
Seorang                                     dewasa yang kuat bekerja akan  berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan  tersejat sebelum sempat                                   
mereka menyedarinya.  Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung  kepada suhu dan kerja yang dibuat                                     tetapi juga
kelembapan cuaca  ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh  yang keluar lebih                                     banyak berbanding dengan kawasan
yang  berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan  badan.                                     Tetapi anjing yang tiada kelenjar  peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan  mencungap-cungap
(menjelirkan                                     lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
Lelaki  enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
Dianggarkan                                      berjuta-juta pokok di dunia ditanam  secara tidak
sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih  kacang dan
kemudian                                     terlupa tempat mereka menanamnya.
Sebanyak  50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
untuk  menghasilkan                                     novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun  perkataan
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
Huruf  yang paling kerap                                     digunakan dalam bahasa Inggeris  adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
Pencungkil  gigi adalah                                     objek yang biasanya menjadi punca  rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.
Setiap 45 saat,  sebuah rumah dijilat                                     api di U S A.
Laut Merah di  Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di  permukaannya.
Stesen                                     kuasa atom pertama di dunia telah  dibina di Obinsk
berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam  tahun 1954.
Sudan                                     di Afrika dikelilingi lapan negara  iaitu Mesir, Libya, Chad,
Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda,  Kenya dan Ethopia.                                   
Matahari adalah 330,330 kali  lebih besar daripada bumi.
Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di  seluruh dunia                                     setiap tahun.
Corak di  hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
jari pada  manusia.
Lembu                                     adalah haiwan yang buta warna; oleh  itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh  matador samada                                     kain merah
atau kuning.
Epal  lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah  bangun pagi.                                   
Menghidu (bukan makan)  pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.
Purata  berat seketul                                     bongkah ais (iceberg) adalah 20,000  tan.
Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang  tingginya
988.31                                     meter adalah air terjun tertinggi di  dunia dan lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun  Niagara.
Separuh                                     daripada tulang dalam badan manusia  terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
Litar  motosikal                                     di Piccola Madonie di Sicily, Italy  mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.
Otak manusia  mempunyai 1,000 juta                                     sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang-  kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
Semasa  tidur,                                     satu perempat daripada tenaga badan  pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu  dipelihara.
Berat                                     otak manusia hanya dua peratus  daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang  disedut semasa berehar                                     atau
tidur.
Setiap hari  jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat  satu tan barang                                     ke tingkat lima.
Kilat boleh  mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan  makanan tumbuhan                                     (baja) setahun.
Orang  pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England  (1367 - 1400). Beliau                                     membawa sekeping kain kecil yang
digunting  untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
Gurun Sahara di utara  Afrika                                     mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang  bermaksud liar atau terbiar.
Manusia akan hidup lima setengah  minit lebih                                     lama bagi setiap
batang rokok  yang tidak dihisap.
Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union)  menawarkan bonus                                   
sebulan gaji bagi pekerja yang  tidak merokok.
Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali  sebagai Forestier
telah                                     memanjat 729 anak tangga Menara  Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke  puncak.
Semasa kempen                                     Napoleon di Italy pada 1796-97,  pakar perubatannya
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang  sakit dan cedera.
Sebanyak                                     64 otot digunakan untuk memasamkan  muka tetapi hanya 18
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan  tugas otot muka                                   
anda. /font
Air liur  manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau  terbakar.
Wanita                                     pertama yang mendapat hak mengundi  adalah dari New
Zealand.
Kulit yang menyaluti seluruh badan  manusia dianggarkan                                     berukuran
18.5 meter persegi.
Ulat  sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat  badannya                                     dalam masa 56 hari.
Badan  akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding  udara dalam suhu                                     yang sama.
Kucing tidak  boleh merasa rasa manis.
Pepatung hanya boleh hidup selama 24  jam sahaja.
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar